June 2020 - BERITA VIRAL

Hot

Post Top Ad

Sunday, 21 June 2020

Saya bukan lagi suami orang - Azlee Khairi

June 21, 2020 0
KUALA LUMPUR: Pelakon Azlee Khairi mengesahkan dirinya bukan lagi suami orang.
Azlee berkata, dia perlu tampil menyatakan status diri bagi mengelak fitnah dan salah sangka.
Bagaimanapun, Azlee yang pernah dikaitkan dengan teman gandingan dalam drama Seadanya Aku, Zara Zya, enggan memperincikan punca perceraian dengan bekas isteri.
"Saya fikir soal status diri perlu dijelaskan kerana tidak mahu mengundang fitnah dan salah sangka.
"Cuma saya tidak mahu mengulas lanjut persoalan bila saya berpisah dengan bekas isteri," katanya kepada BH Online.
Azlee pernah dikaitkan dengan Zara yang juga pelakon gandingan dalam drama Seadanya Aku. NSTP/Aziah Azmee
Azlee pernah dikaitkan dengan Zara yang juga pelakon gandingan dalam drama Seadanya Aku. NSTP/Aziah Azmee
Awal tahun ini, ketika sama-sama membintangi drama Seadanya Aku yang disiarkan melalui slot Akasia TV3, Azlee dikaitkan dengan Zara.
Azlee kemudian dikaitkan pula dengan ahli perniagaan dan pengasas produk kosmetik dikenali sebagai Aniss.
Mengulas mengenai wanita itu, Azlee mengaku mengenalinya sejak hampir setahun lalu.
"Kami masih dalam fasa awal perkenalan iaitu mengenali hati budi. Masih terlalu awal untuk meneka pengakhirannya.
"Saya tidak selesa berkongsi lebih-lebih lagi hal peribadi. Tetapi tidaklah bermaksud hendak berselindung. Aniss faham cara saya. Itu membuatkan saya selesa dengannya," katanya.
Azlee mencipta nama melalui drama adaptasi novel Love You Mr Arrogant pada 2013 yang dibintangi bersama Zara.
Ketika namanya di puncak populariti, Azlee bertemu jodoh dengan wanita pilihan kelahiran Brunei, Dayang Norlelawati Puteh, 36.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2014 dan Azlee kemudian menetap di Brunei. November lalu, Azlee kembali aktif dengan membintangi drama Seadanya Aku.
Sumber : Disini
Read More

Malaysia perlu timbang travel bubble untuk perniagaan antarabangsa

June 21, 2020 0
Penganjur acara perdagangan industri, Informa Markets, menggesa kerajaan menimbang membuka semula sempadan bagi pengembara perniagaan dari negara yang telah berjaya mengawal penularan pandemik Covid-19.
Pengarah Urusan Kumpulan Perniagaan Asean Informa Markets, M Gandhi, berkata pelaksanaan travel bubble bagi pengembara perniagaan antarabangsa akan membantu merangsang ekonomi Malaysia.
Menurutnya, pertumbuhan ekonomi Malaysia turun kepada 0.7 peratus pada suku pertama 2020 berbanding 4.5 peratus dalam suku yang sama tahun lepas apabila pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara terjejas oleh Covid-19 seterusnya pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).


“Lebih awal kita boleh bawa kembali perdagangan antarabangsa ke Malaysia, lebih pantas kita akan pulih,” katanya kepada Bernama.
Buat permulaan, katanya, travel bubble perlu dihadkan kepada Korea Selatan, Taiwan, Jepun, China, Thailand, Singapura, Australia, Vietnam dan Hong Kong yang mempunyai bilangan kes baru harian yang hampir sama.
Pada 2019, Malaysia menerima kira-kira 930,000 pengembara perniagaan dengan 60 hingga 70 peratus daripadanya adalah dari negara berkenaan dan membawa perdagangan bernilai kira-kira RM1.2 trilion.
Sumbang secara langsung
Travel bubble ini boleh menjana ekonomi perdagangan secara perlahan-lahan, tetapi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat perlu dipatuhi.
“Pengembara perniagaan perlu memastikan mereka mengambil ujian (Covid-19) sebelum memasuki Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed dilaporkan berkata kerajaan menerima cadangan bagi pelaksanaan travel bubble dengan negara-negara jiran tetapi belum memuktamadkan keputusannya.
Ini kerana, kata Mustapa, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum keputusan dibuat.
Menurut Persatuan Penganjur dan Pembekal Konvensyen dan Pameran Malaysia (MACEOS), industri acara perniagaan Malaysia berkembang kukuh sejak beberapa tahun lepas.
Pada 2019, sejumlah 1,025 acara perniagaan dianjurkan, yang menarik lebih 540,000 pengembara perniagaan antarabangsa ke Malaysia.
Acara-acara ini menyumbang perbelanjaan langsung bernilai RM3.9 bilion kepada negara dan menjana impak ekonomi sebanyak RM9.2 bilion.
Kerajaan pada dasarnya telah meluluskan SOP bagi subsektor pelancongan untuk menyambung semula perniagaan.
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata ia termasuk industri mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE) serta festival perdagangan dan pelancongan dalam negara.
Gandhi berkata sebagai penganjur acara, Informa Markets bersedia untuk bermula dengan menumpukan hanya kepada pembeli dan penjual domestik sahaja.
“Bagaimanapun, seperti yang kami katakan, pembeli domestik mempunyai sumber yang terhad untuk membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi, oleh itu, kita perlukan pembeli antarabangsa untuk datang agar ekonomi kita boleh pulih dengan pantas,” katanya.
Bernama
Sumber :Disini
Read More