March 2019 - BERITA VIRAL

Hot

Post Top Ad

Tuesday, 26 March 2019

Patutlah Putus Tunang, Bila Nak Berubah Tak Tahu - Awi Rafael dan Atikah Suhaimie

March 26, 2019 0
Berita mengenai pembatalan perkahwinan Awi Rafael dan Atikah Suhaimie ternyata mengejutkan ramai pihak. Mana tidaknya, tinggal beberapa hari sahaja lagi menjelang hari pernikahan mereka yang sepatutnya berlangsung 17 Mac lalu.
Pembatalan pada saat akhir itu sekaligus mencetuskan pelbagai spekulasi. Isu putus tunang tersebut sudah semakin reda tetapi lain pula cerita timbul apabila foto terbaru yang dimuat naik oleh Atikah mengundang kecaman netizen.

Memuat naik fotonya berenang di pantai, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dengan penampilan pelakon itu yang dilihat terlalu seksi. Malah ada netizen mengatakan kerana pemakaian Atikah itulah menyebabkan dia dan Awi putus tunang.

Meskipun ramai yang mengecam, namun ramai peminatnya memberikan nasihat untuk tidak lagi memakai pakaian menjolok mata kerana bimbang ianya boleh mengundang fitnah.
Apa pun netizen janganlah asyik mengecam dan terlalu cepat menghukum seseorang. Mungkin Atikah sendiri boleh mengambil teguran yang diberikan jika kena pada gayanya.

sumber : disini
Read More

Monday, 25 March 2019

Kemelut rumah tangga penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah masih belum reda

March 25, 2019 0

Kemelut rumah tangga penyanyi Aliff Aziz dan Bella Astillah masih belum reda. Semalam, Bella sekali lagi mendedahkan suaminya itu ‘kantoi’ curang lagi bersama orang lain pula. Ada individu yang mendakwa melihat Aliff di Johor di dalam kereta bersama seorang wanita beberapa hari lalu.
Pendedahan yang dibuat Bella itu sekali lagi membuatkan netizen terkejut dan mengundang pelbagai kecaman terhadap Aliff. Mereka juga menasihati Bella untuk terus bangkit dan jangan lagi terus menyakiti diri apabilah kesetiaannya dibalas dengan pengkhianatan beberapa kali.
Terbaru, Aliff dilihat telah memadam semua gambar bersama isterinya di Instagram sedangkan sebelum ini beliau ada memuat naik gambar Bella beserta ucapan hari lahir istimewa dan ‘sweet’ buat wanita itu.
Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang penjelasan lanjut daripada tuan empunya badan. Apa-apa pun, kita doakan agar masalah yang mereka hadapi dapat diselesaikan secara baik.
Sumber : Disini
Read More

Saturday, 23 March 2019

Zamani Sudah Tak Ingat Pertemuan Dengan Saya "Faizal Tahir"

March 23, 2019 0

PENYANYI dan komposer Faizal Tahir mengimbas semula detik pertemuan pertamanya dengan vokalis kumpulan Slam, Zamani.


Faizal mendedahkan perkara terbabit menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.




"Peluang untuk bekerja dengan seorang penyanyi yang begitu dihormati, disayangi dan dikagumi ramai memang tidak dapat saya tolak. 


"Masih jelas dalam ingatan saya lebih kurang 15 tahun yang lepas sewaktu saya bersama kumpulan nasyid Mirwana kami pernah berkongsi pentas dengan Zamani dalam satu persembahan.


"Selesai acara malam tersebut Zamani datang kepada saya dan mengatakan saya ada masa depan yang cerah dalam industri muzik. 


"Dia bertanyakan saya sama ada saya mempunyai cita-cita untuk menjadi penyanyi solo kerana dia nampak bakat dan percaya dengan bakat saya.




"Tak ada seorang pun yang pernah mengatakan begitu kepada saya. Dialah yang pertama dan satu-satunya insan yang percaya dengan bakat saya sewaktu itu.

"Jujurnya saya terkedu dan tak boleh proses kejap lepas dengar kata-kataya. Saya terlalu teruja dan seperti tak percaya dengan apa yang abang Zamani pesan kepada saya waktu itu.



"Dia doakan kejayaan saya yang membuatkan saya begitu terharu. Lebih-lebih lagi waktu itu saya memang tidak pernah rasa yang saya mempunyai bakat untuk berjaya dalam bidang nyanyian.


"Tidak pernah terlintas langsung untuk ada kerjaya sebagai penyanyi solo. 15 tahun selepas itu, saya dipertemukan kembali dengan Zamani. Kali ini berbeza dan lebih manis kerana saya dapat menyumbang kepada perjalanan kerjaya seninya.


"Tiada apa yang dapat saya ucapkan melainkan terima kasih tak terhingga kepada abang Zamani kerana percaya dengan saya dan team saya di @faithfulmusicmy. 


"Alhamdulillah kerana diberi peluang dan rezeki untuk bekerjasama dengan seorang lagenda yang terlalu merendah diri dan pemurah serta disayangi ramai dan juga memainkan peranan penting dalam hidup dan kerjaya saya.


"Mungkin dia juga sudah tidak ingat pertemuan dengan saya 15 tahun lepas. Namun ia tetap dalam ingatan saya sampai ke hari ini. Terima kasih abang. Allah bless you," tulis Faizal panjang lebar.



Zamani kini tampil dengan single terbaru berjudul Aduh, kolaborasi bersama Faizal sebagai pembuka lembaran seninya untuk tahun 2019.


Aduh merupakan hasil ciptaan Zamani bersama Faizal, Adib Hussin, Mike Chan, Romeo dan Karim Karam dan diterbitkan oleh Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar.

Single Aduh boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 1 Mac 2019.

Sumber : http://www.astroawani.com/berita-hiburan/mungkin-zamani-sudah-tak-ingat-faizal-tahir-200238
Read More

Friday, 22 March 2019

Perdana Menteri P Waytha Moorthy Menyerukan Pada Warga Malaysia, Kejadian Di New Zealand

March 22, 2019 0

Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy menyeru rakyat Malaysia supaya tidak terpengaruh dengan segelintir pihak yang sengaja menyebarkan kebencian dalam kalangan masyarakat.

Beliau menegaskan rakyat negara ini perlu mengambil iktibar daripada kejadian serangan pengganas di masjid di New Zealand, baru-baru ini.

Pada 15 Mac lalu, berlaku kejadian tembakan di dua masjid di Christchurch, mengakibatkan 50 mangsa terkorban termasuk seorang rakyat Malaysia, dan berpuluh lagi cedera.

Perdana Menteri P Waytha Moorthy Menyerukan Pada Warga Malaysia, Kejadian Di New Zealand


“Sebagai sebuah negara yang aman damai selama 62 tahun, kita rakyat Malaysia telah hidup bersatu padu dan aman damai sekian lama.


"Janganlah kita ikut apa-apa perasaan kebencian yang ditimbulkan oleh sesiapa yang lain.

“Apa yang penting adalah kita mengekalkan keharmonian, perpaduan dan hormat-menghormati yang telah wujud sekian lama,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Solidariti Kedamaian di Dataran Merdeka hari ini.



Waytha turut menzahirkan rasa bangga terhadap sikap bersatu-padu dan kesungguhan rakyat Malaysia yang datang dari seluruh negara untuk berhimpun hari ini sebagai menunjukkan solidariti.

Beliau mengakhiri ucapan dengan mengulangi pendiriannya supaya rakyat Malaysia saling memahami dan berkongsi kasih-sayang tanpa mengira agama dan kaum.

Hari ini, Perhimpunan Solidariti Kedamaian diadakan susulan tragedi serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, di mana peserta berhimpun di hadapan pusat beli-belah Sogo dan berarak ke Dataran Merdeka.

Perhimpunan dianjurkan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) dan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) dengan kerjasama Civil Society Organisation.

Sumber : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/waytha-seru-rakyat-malaysia-bersatu-ambil-iktibar-kejadian-di-christchurch-201936
Read More

Thursday, 21 March 2019

Pembicaraan kes RSC international Datuk Seri Najib Tun Razak di Tangguhkan

March 21, 2019 0

Perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan pertuduhan jenayah membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta, belum dapat diteruskan.


Ini ekoran keputusan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini yang membenarkan permohonan Najib untuk menangguhkan sementara perbicaraan itu bagi menunggu rayuannya mengenai perkara-perkara interlokutori diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Perkara-perkara itu termasuk permohonan Najib untuk mendapatkan perintah sekatan terhadap media dan orang ramai daripada membincangkan merit kes jenayahnya, akses kepada dokumen siasatan termasuk keterangan saksi di peringkat praperbicaraan dan mengenai penarikan balik sijil pemindahan kes oleh Peguam Negara yang ditolak panel hakim awal hari ini.

Ketika membenarkan permohonan penangguhan itu, Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof yang mempengerusikan panel tiga hakim itu berkata, terdapat kemungkinan perbicaraan itu diisytiharkan terbatal berikutan terdapat isu-isu baharu di hadapan mahkamah.

Hakim Zabariah juga berkata tiada taktik untuk melengah-lengahkan perbicaraan dilakukan Najib.

Peguam Negara Tommy Thomas memberitahu mahkamah bahawa beliau akan menulis surat kepada Ketua Hakim Negara supaya menetapkan tarikh pendengaran rayuan-rayuan itu secepat mungkin.


Hakim Zabariah berkata mahkamah sedang berusaha untuk menyegerakan perkara itu, dan menambah mereka akan memberikan alasan-alasan perundangan bagi keputusan mereka menjelang minggu depan dan mahkamah juga akan mengarahkan pendaftar mahkamah untuk menyediakan rekod-rekod rayuan.

Turut bersidang bersama-sama beliau ialah hakim-hakim Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Lau Bee Lan.

Terdahulu, panel hakim itu menolak tiga daripada empat rayuan yang dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri itu.

Hakim Zabariah telah membacakan alasan ringkas keputusannya mengenai perintah sekatan itu dan mengenai akses kepada dokumen-dokumen, manakala Hakim Lau menyampaikan keputusan mengenai pemindahan kes Najib dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi berikutan penarikan balik sijil pemindahan kes oleh Peguam Negara mengikut Seksyen 418 Akta Kanun Tatacara Jenayah.

Hakim Zabariah berkata hakim Mahkamah Tinggi tidak melakukan kekhilafan dalam keputusannya untuk menolak permohonan Najib bagi mendapatkan satu perintah sekatan.

"Tiada penyalaharahan dalam undang-undang dan fakta dan hakim telah membuat penilaian yang positif atas bukti-bukti yang dikemukakan di hadapannya dan membuat analisis yang berhati-hati mengenai kuasa-kuasa yang dikemukakan," katanya.

Mengenai pendedahan dokumen-dokumen, Hakim Zabariah berkata pihak pendakwaan telah mematuhi Seksyen 51 (a) Kanun Tatacara Jenayah mengenai kewajipan untuk mendedahkan dokumen-dokumen untuk praperbicaraan dan Najib tiada hak kepada apa-apa pendedahan lanjut di peringkat ini.

Beliau berkata dokumen yang diminta Najib itu diperoleh dalam tempoh penyiasatan dan dokumen-dokumen berkenaan adalah dokumen rahsia dan tidak boleh didedahkan.

"Isu mengenai kemungkinan saksi akan diganggu adalah satu alasan lain mengapa keterangan-keterangan dalam penyiasatan tidak boleh didedahkan kepada orang kena tuduh," kata hakim Zabariah.

Hakim Lau berkata Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah memberikan peguam Najib hak untuk didengar sebelum beliau memberikan keputusannya.

Beliau berkata hakim juga bertindak betul apabila beliau menggunakan budi bicara mengikut Seksyen 417 Kanun Tatacara Jenayah untuk memindahkan kes Najib balik ke mahkamahnya untuk beliau menghakimi perbicaraan itu.

Dalam membenarkan permohonan Najib supaya pihak pendakwaan menyerahkan salinan surat lantikan pendakwa 'ad hoc' Datuk Sulaiman Abdullah, Hakim Rhodzariah berkata komunikasi profesional antara peguam bela dan kliennya seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 126 Akta Keterangan seperti yang dihujahkan oleh Peguam Negara, tidak terpakai dalam kes ini.

Anggota Parlimen Pekan berusia 66 tahun itu menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan berkaitan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Dia juga didakwa dengan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama

Di luar mahkamah, Ketua Bahagian Pendakwaan Manoj Kurup berkata mereka akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengenai surat lantikan Sulaiman itu.

sumber : http://www.astroawani.com/berita-malaysia/perbicaraan-kes-src-international-najib-ditangguh-tunggu-rayuan-201805
Read More