September 2018 - BERITA VIRAL

Hot

Post Top Ad

Monday, 17 September 2018

Muhammad Shafee Mengaku Tidak Bersalah Terhadap Dua Pertuduhan

September 17, 2018 0
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Azura Alwi membenarkan ikat jamin dengan dua penjamin, iaitu RM500,000 yang akan dibayar pada Khamis, manakala baki RM500,000 akan dibayar pada Selasa depan (18 September).

Beliau turut mengarahkan Muhammad Shafee menyerahkan kedua-dua pasport Malaysia dan diplomatik.
Terdahulu, Muhammad Shafee Abdullah di Mahkamah Sesyen di sini mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan menerima wang daripada aktiviti haram.

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, membabitkan wang berjumlah RM4.2 juta dan RM5.2 juta yang diterima daripada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.



Muhammad Shafee juga mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967.
Bekas hakim Datuk Seri Gopal Sri Ram mengetuai pasukan pendakwaan terhadap Muhammad Shafee.

Read More

Saturday, 15 September 2018

Malaysia melahirkan kebimbangannya dan membantah pendirian Amerika

September 15, 2018 0
Malaysia hari ini melahirkan kebimbangannya dan membantah keras pendirian terbaru Amerika Syarikat terhadap Palestin.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra) hari ini, Malaysia menyatakan keyakinannya bahawa pendirian Amerika itu bercanggah dengan usaha mencapai penyelesaian menyeluruh dan berpanjangan bagi konflik Palestin-Israel.


Malaysia melahirkan kebimbangannya dan membantah pendirian Amerika


"Ia akan menggagal dan menjejaskan usaha masyarakat antarabangsa untuk memastikan keselamatan dan kestabilan di rantau berkenaan," kata Wisma Putra.

Wisma Putra berkata Malaysia seterusnya menyifatkan tindakan-tindakan oleh Amerika sebagai mencabuli hak-hak rakyat Palestin dan perjuangan mereka ke arah pemerintahan sendiri.

"Ia akan membakar sentimen dan menggagalkan sebarang rundingan ke arah perdamaian pada masa akan datang," katanya.

Dalam tempoh beberapa minggu lepas, kerajaan Amerika telah menghentikan bantuan dua halanya kepada Palestin berjumlah lebih AS$200 juta; menghentikan sumbangan kepada Agensi Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA); dan mengeluarkan arahan menutup pejabat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di Washington.

Kerajaan Amerika juga memberi alasan bahawa arahan penutupan itu adalah disebabkan untutan Palestin supaya siasatan dijalankan ke atas Israel oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Wisma Putra dalam kenyataan itu juga berkata tindakan kerajaan Amerika itu telah melemahkan sistem multilateral; menafikan realiti di lapangan; menyokong dan membantu Israel melakukan kekejaman dan dasar-dasar yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa; serta mencabuli hak-hak rakyat Palestin.

Kesemuanya adalah turutan daripada keputusan kerajaan Amerika untuk mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dan langkah berikutnya untuk memindahkan kedutaannya ke Baitulmuqaddis, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima oleh banyak pihak.

Ekoran perkembangan terbaru itu, Wisma Putra berkata Malaysia menggesa masyarakat Islam supaya terus menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin dan berharap lebih banyak sokongan diterima untuk menamatkan pendudukan paling lama dalam sejarah moden itu.

Malaysia juga menyeru masyarakat antarabangsa supaya mengambil segala bentuk tindakan termasuk daripada segi undang-undang, politik, diplomatik dan ekonomi untuk memberi tekanan ke arah tercapainya perdamaian di rantau tersebut, katanya.

"Perjuangan rakyat Palestin bukan perjuangan umat Islam semata-mata, tetapi juga perjuangan semua pihak yang mempercayai sistem multilateral.

"Kita wajib mempertahakan hak untuk pemerintahan sendiri yang sah, yang merupakan dalah satu asas utama pembentukan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu," katanya.

Malaysia mengulangi pendirian tegasnya bahawa penyelesaian ke arah pembentukan dua negara, di mana rakyat Palestin dan Israel dapat hidup aman damai bersama-sama, berdasarkan sempadan pra-1967 dan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara Palestin, sebagai satu-satunya jalan penyelesaian kepada konflik Palestin-Israel itu.

-- BERNAMA
(sumber:astrowani.com)
Read More

Tuesday, 11 September 2018

kisah suami yang berkahwin 2 kali

September 11, 2018 0
Saya selalu baca kisah-kisah di page Kisah Rumah tangga ni...biasanya buat kita semua rasa down. Saya nak share kisah hidup saya pula..moga ada teladan dan sempadan di sana.

Suami 2 Kali Curang Dan Kahwin Lain, Isteri Lima Bulan Digantung Tidak Bertali Sebelum Sedar Bahawa Dirinya

Saya kahwin umur 22, kira awal la juga, selepas saya frust sebab tak dapat sambung belajar. Saya student cemerlang..tapi masalah keluarga buat saya terkapai-kapai. Saya mula bekerja umur 18 tahun iaitu selepas SPM..menyara hidup sndiri.

Awal perkahwinan memang happy, walaupun selalu tergigit lidah. Tapi hanya bertahan tiga tahun.. selama itu bermacam-macam dugaan..suami saya dilamar oleh sorang student yang merupakan andartu.. waktu itu ekonomi kami sangat kritikal..saya tidak kerja..anak dah 2 orang..

Suami pula baru start keja..so saya cakap elok-elok dengn pompuan itu, jangan ganggu..tapi saya dimarah-marah dan suami pula membela dia. Pedih!!..

Masalah itu selesai setelah saya adukan kepada mak perempuan itu dan kami teruskan hidup seperti biasa..walaupun hati saya dah retak. Saya maafkan..

Kehidupan kami sempit..suami memang nak saya merasa susah dulu katanya..kadang-kadang tempat saya tidak ada air saya sendiri akan naik turun bukit angkat air untuk mandi, membasuh masak dan lain-lain.

Saya terima semua ini sebab saya isteri, saya nak syurga, saya pernah cakap kepada suami supaya kami sama-sama ubah kehidupan, saya nak rasa apa yang orang lain rasa walaupun tidak hidup mewah.

Tapi suami akan marah, katanya saya tidak sabar, jadi saya diamkan diri dan redha sebab saya tidak suka dia marah. Selalu keperluan rumah tidak cukup hingga anak saya dah pun masuk 3 orang, saya masih gunakan lampin kain.

Pernah mesin basuh rosak, jadi lampin itu saya akan basuh cepat-cepat dan jemur sekejap, lepas tu saya akan strika dan guna semula kerana kain lampin tidak banyak,.

Saya tetap gembira selagi suami masih menyayangi saya, saya pernah cakap pada dia, saya terima semua kekurangan asalkan dia hargai kasih sayang saya, sama-sama setia mengharungi suka duka.

Untuk membeli keperluan tidak cukup, saya mulakan berniaga secara kecil-kecilan di rumah, tapi duit tidak pernah simpan sebab dia nak guna, kalau dapat dapat RM30 saya bagi dia RM25, RM5 saya simpan untuk beli apa yang patut.

'Ribut' datang lagi bila anak dah masuk empat orang, waktu itu saya tumpah darah, saya sudah mengigil-gigl lemah tapi dia 'relax' sahaja.

Saya minta dia hantar ke klinik, semasa nak masuk klinik dia langsung tidak pimpin tangan saya sedangkan saya rasa macam nak mati. Rupa-rupanya dia tengah tergilakan seorang perempuan muda yang baru habis sekolah.

Dia sanggup tinggal saya sakit di rumah dengan anak-anak kecil kerana hantarkan perempuan itu balik kampung, hanya tuhan yang tahu hati saya merintih bersendirian.

Akhirnya satu hari ketika saya menyusukan anak saya yang merupakan seorang OKU berumur setahun, dia bagitahu yang dia nak kahwin dengan perempuan tiu, katanya dia nak saya terima, tidak boleh banah kerana emak dan ayah perempuan itu dah mengharap.

Allahurabbi.. saya sudah tidak mampu bercerita, keorang semua faham-faham sendiri.

Suami 2 Kali Curang Dan Kahwin Lain

Saya terima walaupun airmata saya sudah kering, saya tidak mampun mengadu kepada sesiapa, emak saya pun tengah sakit, saya telah sendirian tanpa kawan-kawan, tanpa siapa-siapa, saya gagahkan diri menguruskan anak-anak kecil yang nakal, dia tak bagi saya keluar rumah kerana tidak mahu saya mengadu kepada sesiapa.

Bermulalah dunia gelap saya..selalu ditinggalkan tanpa nafkah, kadang-kadang tiada lauk di rumah. Dia kononnya hendak berlaku adil tetapi menipu sahaja, Bila saya minta lebihkan perhatian kat anak-anak, dikatanya saya mengada-ngada dan saya kena mengalah sebab saya yang tua.

Saya banyak menangis, tidak tahu apa yang harus saya buat, 2 tahun saya merana, makan hati, saya dah macam bangkai bernyawa hingga akhirnya saya jatuh sakit yang teruk.

Satu hari, seorang sahabat saya kata, "kau takkan mempu ubah hati manusia, tapi kau mampu untuk ubah nasib sendiri,bangunlah!!, kau bodoh kalau terus macam ni,"

Saya tersentak, saya terus tersedar, memang saya bodoh, buat diri sendiri tersiksa.

Sejak hari itu, saya kuatkan semangat, saya cari ekrja, Alhamdulillah saya dapat kerja sebagai pembantu kedai, saya uruskan anak-anak sendirian. Saya amat berterima kasih kepada jiran yang amat memahami, sudi emnjaga anak saya tanpa upah, ALlah dah atur segalanya.

Lima tahun berlalu, saya failkan perceraian kerana sudah berapa lama dia tidak bagi saya nafkah, rumah sewa pun saya yang bayar dan hampir setahun tidak bagi nafkah batin.

Tengok saya pun dia dah malas, dia memang tak nak lepaskan saya, dia nak gantung tidak bertali.

Alhamsulillah, saya minta tolong sahabat saya untuk guna khidmad peguam swasta dan kes berjalan dengan lacncar, Tapi saya langsung tidak dapat harta, nafkah, edah dan mutah daripada suami. Tetapi saya bersyukur dapat semua anak-anak.

Saya mulakn hidup abru sebagai janda, saya berdiri demi anak-anak, segalanya saya uruskan sendiri. Allah berikan saya rezeki yang luas, saya mampun untuk berniaga sendiri. Saya jaga anak-anak saya, didik mereka elok-elok. Tiada yang lebih membahagiakan selain anak-anak solehah.

Sejuk hati saya bila anak seawal umur 9 tahun sudah boleh mengimamkan solat dengan bacaan surah al fatihah dan surah lain dengan lancar.

Merekalah harta ayan dunia dan akhirat, saya tidak suka bersosial, keluar dengan kawan-kawan, lepak-lepak, karaoke lagilah tidak pernah, sebab saya nak jadi contoh yang baik kepada anak-anak.

Alhamdulillah, sampai sekrang dah ada anak saya menjangkau umur remaja, anak-anak saya tidak pernah buat masalah, tidak pernah couple macam budak-budak lain dan turut cemerlang di sekolah.

Itulah kebahagiaan saya dan redup hati ini bila tiap-tiap tahun anak-anak dapat anugerah pelajaran di sekolah. Syukur Ya Allah...

Sekrang ini dah 10 tahun saya single, ramai yang cuba berkawan...bujang, laki orang, duda..tapi saya tidak berkenan.

Saya pula jenis badan tidak gemuk, agak tinggi dan ramai yang kata seperti belum ada anak..maaf,, bukan saya nak bangga,tapi untuk mengingatkan yang fizikal kitam status kita bukan lesen untuk kita enjoy dengan lelaki.

MAruah perlu dijaga, agama letak dihadapan, dah banyak dan janda-janda yang merosakkan status mereka sendiri. - Ibu Tabah

Read More

Sunday, 9 September 2018

Ummi Nazeeera tiga kali pendarahan

September 09, 2018 0
Ummi Nazeera mendedahkan dia mengalami masalah placenta previa jenis dua hingga menyebabkan berlaku pendarahan awal sebaik sambutan perayaan Aidilfitri lalu.
Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin, 28, berkata dia menangis apabila kejadian melibatkan masalah urinya berlaku kerana terfikir sudah kehilangan anak sulungnya itu.
"Assalammualaikum puteriku, Ayra Aneesah Mohd Izzar. Alhamdulillah Allah memudahkan mummy untuk mengandung tetapi perjalanan untuk mengandungkan kamu sangat mencabar untuk kami.
"Mummy ada placenta previa jenis dua dan pendarahan mula berlaku selepas sambutan Aidilfitri lalu.
"Saya menangis apabila ia terjadi. Ingatkan mummy sudah kehilangan kamu. Alhamdulillah, semuanya baik," kata Ummi.
Ummi berkongsi detik cemas ketika sedang hamil puteri sulungnya itu di laman sosialnya.



Ummi kongsi detik cemas ketika sedang hamil.
Kata Ummi, dia akan mencuba segala yang mampu terutama sentiasa berdoa dan bersujud serta berehat untuk menjaga kandungannya.
Namun, beliau diduga lagi apabila pendarahan berlaku sebanyak tiga kali dan terlalu banyak sehingga doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan.
Biarpun Ummi ketika itu berasa takut kerana hampir hilang pertimbangan namun suaminya, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khan sentiasa memberi semangat padanya.
"Mummy banyak berehat dan keluar rumah sekali seminggu. Mummy akan cuba segala yang boleh. Banyak berdoa dan bersujud.
"Malangnya, ia berlaku buat kali kedua dan ketiga. Pendarahan yang berlaku terlalu banyak sehingga doktor memutuskan untuk mummy jalani pembedahan.
"Mummy takut sangat dan hampir hilang pertimbangan. Alhamdulillah, daddy tenangkan dan meminta mummy supaya usah nangis dan beristighfar.




"Daddy cakap sambil meletakkan kepala di dahi mummy dan memegang tangan mummy dengan kuat. Mummy tahu maksudnya mendalam, hanya Allah yang boleh bantu," ujarnya.
Dalam pada itu, pelakon filem Gol & Gincu 2 itu meluahkan rasa syukur selepas dia selamat menjalani pembedahan dan melahirkan bayinya tanpa komplikasi.
"Alhamdulillah, pembedahan berlangsung dengan baik tanpa komplikasi. Syukur ya Allah.
"Masa masuk bilik pembedahan, muka daddy masam sangat, masa keluar dari bilik itu, muka daddy terus senyum macam kerang busuk.
"Daddy beritahu dia sudah jumpa anak... Alhamdulillah. Ketika mummy melihat kamu, Mummy sangat gembira. Kamu sempurna," katanya.
Pelakon yang popular menerusi drama rantaian, Patahnya  Sebelah Sayap itu mendirikan rumah tangga dengan Mohd Izzar, 31, di ibu negara, pada 23 Julai tahun lalu.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ayra Aneesah Mohd Izzar pada 22 Ogos lalu.

sumber:www.mstar.com
Read More

PM Malaysia Mahathir Mohamad tidak berpuas hati dengan prestasi menteri

September 09, 2018 0
Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad berkata pada hari Jumaat, bahawa dia tidak berpuas hati dengan pencapaian dan prestasi para menteri kabinet, memandangkan mereka dilantik atas portfolio masing-masing di pemerintahan baru.

"Saya belum puas. Kalau boleh, saya mahu (sesuatu yang sudah diarahkan) untuk diselesaikan kemarin, tidak hari ini," kata ketua Pakatan Harapan itu.

Dikutip dari Channel News Asia pada Jumat (7/9/2018), PM Mahathir bercakap selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Menara Yayasan Selangor.

Hadir dalam kesempatan yang sama, presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden AMANAH Mohamad Sabu, Setiausaha Parti Tindakan Demokratik, Lim Guan Eng dan Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU), dan Menteri Belia Syed Saddiq Abdul Rahman.

PM Malaysia Mahathir Mohamad tidak berpuas hati dengan prestasi menteri


"Oleh kerana sebab-sebab tertentu, kami tidak dapat memenuhi 100 peratus daripada janji kami. Kerosakan dalam pemerintahan jauh lebih buruk kerana beberapa orang menunda melaksanakan keputusan yang telah dibuat," ujar Dr M.

Perdana menteri berusia 95 tahun itu juga menafikan dakwaan bahawa kerajaan Malaysia gagal mengambil tindakan terhadap kumpulan pemimpin sebelumnya, yang diketahui telah melakukan tindak pidana.

"Beberapa orang berfikir bahawa kerajaan tidak mengambil tindakan tegas terhadap para pemimpin sebelumnya yang terlibat dalam jenayah. Saya ingin menjelaskan bahawa kami mematuhi undang-undang, sehingga kerajaan memerlukan bukti kuat sebelum membawa mereka ke mahkamah," jelas PM Mahathir.
(sumber: liputan6.com)
Read More

Saturday, 8 September 2018

Lim Kit Siang mencadangkan agar MCA membubarkan saja parti

September 08, 2018 0
Veteran DAP Lim Kit Siang mencadangkan agar MCA membubarkan saja parti itu susulan penolakan pengundi - untuk kesekian kalinya - dalam PRK Balakong.

Semalam, calon HARAPAN dari DAP Wong Siew Ki menang besar apabila meraih 22,508 undi berbanding calon MCA Tan Chee Teong yang hanya mendapat 3,975 undi.

Tetapi kali ini MCA berjaya mengekalkan depositnya apabila mendapat 15 peratus daripada undi keseluruhan, berbanding sembilan peratus pada PRU ke-14.

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong menyifatkan peningkatan peratusan itu sebagai satu kejayaan, dalam satu hantaran di Facebooknya semalam.

Kenyataan itu disindir Lim yang menurutnya hairan dengan sasaran rendah yang diletakkan MCA apatah lagi menjelang ulang tahun ke-60 parti itu.

"Jika perkara terbaik yang boleh dilakukan MCA adalah untuk mempertahan deposit, satu pilihan yang perlu mereka pertimbangkan adalah untuk 'tutup kedai'.

(Kenyatan Wee) sangat menyedihkan," katanya yang juga anggota parlimen Iskandar Puteri dalam satu kenyataan, hari ini.

Lim (gambar) membandingkan keadaan yang dihadapi MCA itu dengan era kegemilangan parti itu satu ketika dulu.

"Kejatuhan yang cukup besar berbanding hari-hari damai MCA ketika ia memiliki empat menteri, 31 anggota parlimen, 76 ADUN dan beribu ahli majlis pihak berkuaa tempatan dan ketua kampung, kepada masa kini yang menyedihkan apabil mereka perlu berusaha untuk mempertahankan deposit, itu pun dengan bantuan PAS," katanya lagi.

Satu lagi jalan yang boleh diambil MCA, kata Lim, adalah dengan keluar BN dan memutuskan terus hubungannya dengan Umno.

"Pemimpin dan anggota MCA perlu memutuskan untuk meneruskan pakatan dengan Umno dan PAS...bukan saja dengan PAs tetapi juga Umno kecuali ketiga-tiga parti itu bersedia untuk membuat reformasi sepenuhnya dan mengecam rasuah, salah guna kuasa dan ketidakadilan ketika pentadbiran Najib," katanya lagi.

Susulan kekalahan BN pada PRU ke-14, Wee berkata hanya masa dapat menentukan mereka akan kekal dalam BN dan parti itu terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak.

Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai pula berkata mereka dalam usaha mereformasikan parti - menerusi satu jawatankuasa yang dibentuk khusus untuk itu - termasuk menimbangkan untuk membuka keanggotaan kepada kaum lain.

Selepas PRU ke-14, beberapa parti komponen BN mengisytiharkan untuk keluar BN, antaranya Gerakan dan parti-parti di Sarawak.

(sumber: www.malaysiakini.com)
Read More